Abu Seman's Art Online

Nama saya Abu Seman @ Pak Abu. Saya seorang pegawai kerajaan tetapi hobi saya ialah melukis. Saya seorang pelukis self-taught dan amatur. Sebagai seorang self-taught saya pasti memiliki kelemahan. Tujuan saya membuka blog ini ialah untuk mendedahkan hasil karya saya kepada khalayak. Dengan cara ini saya berharap saya akan menerima komen-komen yang membina di mana komen-komen ini amat penting untuk kemajuan diri saya pada masa akan datang. Sila klik lukisan-lukisan di bawah untuk membesarkannya.

Saturday, July 28, 2007

Dato' Nozir - pastel on pastel paper


Sehingga ke tarikh ini "Dato' Nozir" ialah kerja saya yang terakhir menggunakan pastel. Selepas melukis "Siti" (potret di bawah) mood saya untuk menggunakan medium pastel agak menurun. Ini adalah kerana kos penggunaan medium pastel agak tinggi sekarang. Oleh kerana pastel merupakan medium yang tidak boleh dibancuh (atau terhad bancuhannya) maka untuk menghasilkan warna potret yang baik memerlukan ranja pilihan warna yang banyak. Pastel yang berkualiti dari jenama yang terkenal amat mahal sekarang. Oleh itu bagi saya sebagai pelukis amatur melukis potret dengan mengguna medium ini tidak berbaloi.
Yang Berbahagia Dato' Nozir ialah pengarah Persatuan Peladang Kebangsaan. Potret beliau ini ditempah oleh staf Persatuan Peladang Kelantan sebagai cenderamata sempena persaraan beliau pada tahun 2006.