
Pastel tetap pilihan saya apabila melukis potret. Siti saya lukis semasa beliau heboh diperkatakan akan berkahwin dengan Dato' Khalid. Tiada apa-apa tujuan saya melukisnya. Bukan untuk menjualnnya atau pameran. Saya cuma berkenan dengan posingnya apabila saya melihat fotonya dalam sebuah akhbar. Posingnya menarik membuatkan Siti cukup ayu sebagai gadis Melayu dalam pakaian tradisional. Sebenarnya dalam foto asal Siti memegang sejambak daun. Saya cuba menukarnya kepada sekuntum bunga ros. Tetapi disebabkan saya membuat sedikit kesilapan bunga ros itu tidak dapat diwarna. Jadi saya kosongkan dengan kelihatan tangan sahaja. Kalau dilihat betul-betul lukisan ini wajah Siti tidaklah seratus peratus tepat. Saya tidak kisah sebab lukisan bukan untuk dijual walalupun dalam laman web saya katakan untuk dijual. Lukisan ini sekarang dalam simpanan kawan saya untuk persediaan pameran di sebuah galeri di Kuala Lumpur.
Selepas melukis Siti mood saya untuk melukis menggunakan medium agak menurun. Punca utamanya ialah masalah untuk penyediaan warna. Untuk menyediakan warna pastel yang tepat memerlukan kos yang tinggi. Ia tidak berbaloi bagi saya sebagai pelukis amatur. Selepas melukis Siti saya mendapat tempahan dari Perstuan Peladang Kelantan untuk melukis potret Pengarah Persatuan Peladang Kebangsaan, Y. Bhg Dato' Nozir sempena persaraan beliau.
1 Comments:
asslmualaikum.. menarik dan sgt suka dgn posing dan ekspresi badan dan muka yg real. ada masa boleh tunjuk ajar. - pelajar ipsah (http://phomusart.fotopages.com)
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home