Abu Seman's Art Online

Nama saya Abu Seman @ Pak Abu. Saya seorang pegawai kerajaan tetapi hobi saya ialah melukis. Saya seorang pelukis self-taught dan amatur. Sebagai seorang self-taught saya pasti memiliki kelemahan. Tujuan saya membuka blog ini ialah untuk mendedahkan hasil karya saya kepada khalayak. Dengan cara ini saya berharap saya akan menerima komen-komen yang membina di mana komen-komen ini amat penting untuk kemajuan diri saya pada masa akan datang. Sila klik lukisan-lukisan di bawah untuk membesarkannya.

Saturday, September 10, 2005

Raft House of Kota Bharu - watercolour on paper

Pengalaman membuatkan kita selalu berubah. Semasa di Kota Bharu catan cat air transparent saya sebenarnya bermula pada pertengahan 1980an. Sebelum itu saya mengguna teknik opaque mengguna poster colour. Idola-idola saya di Kota Bharu ialah kawn-kawan saya iaitu Cikgu Mokhtar Ishak, Cikgu Zakaria Abdullah dan Ismail Mat Mat Hussin. Mereka melakukan di depan mata saya. Saya sebenarnya belajar dari mereka semasa melukis outdoor dan pastinya banyak terpengaruh dengan gaya dan stail mereka. Cat air transparent tidak semudah cat air opaque. Ia sukar dikuasai jika mudah jemu atau memang kurang berbakat. Ia berbeza dengan medium lain. Cat air transparent dikatakan sebagai 'fast decision medium'. Sekali sapu perlu kena pilihan warnanya. Jika betul menjadilah dia. Kalau silap sekeping kertas yang agak mahal dibuang begitu sahaja. Dalam catan ini cuba kesan di mana kesilapan saya. Lukisan ini amat bermakna bagi saya. Rumah rakit tradisi ini akan pupus satu masa nanti. Selain foto yang tersimpan di arkib-arkib lukisan saya ini boleh mengembalikan kenangan saya ke masa silam. Sesiapa yang berkunjung ke rumah rakit berdekatan Tambatan Diraja Kota Bharu dapat menyaksikan sendiri bahawa bangunan lama di atas tebing sungai itu sudah dirobohkan dan pada tapaknya didirikan bangunan baru yang moden.