Abu Seman's Art Online

Nama saya Abu Seman @ Pak Abu. Saya seorang pegawai kerajaan tetapi hobi saya ialah melukis. Saya seorang pelukis self-taught dan amatur. Sebagai seorang self-taught saya pasti memiliki kelemahan. Tujuan saya membuka blog ini ialah untuk mendedahkan hasil karya saya kepada khalayak. Dengan cara ini saya berharap saya akan menerima komen-komen yang membina di mana komen-komen ini amat penting untuk kemajuan diri saya pada masa akan datang. Sila klik lukisan-lukisan di bawah untuk membesarkannya.

Wednesday, September 07, 2005

Diana - oil on linen

Saya pernah buat sekian lama tergila-gilakan bidang lanskap dalam medium cat air sedangkan bakat saya yang lebih ketara ialah potret dalam pelbagai medium. Koleksi lukisan potret saya tidak banyak sejak tertumpu kepada lanskap. Lagi pun bila mendapat tempahan lukisan yang siap bukan milik saya lagi. Saya tertarik dengan foto seorang anak rakan saya. Posingnya menarik kerana rakan saya ini seorang jurufoto. Saya meminta izinnya untuk melukis potret ini yang saya namakannya Nadia, nama sebenar kanak-kanak ini. Saya gunakan cat minyak dengan teknik 'fat over lean'. Melukis rupa dari foto tidak sukar tetapi mewarnanya mengelirukan kerana kita boleh terpengaruh dengan warna foto. Walau bagaimanapun saya gunakan panduan warna potret untuk mewarnanya. Saya tidak meniru rupa Nadia 100% sebab saya khuatir rakan saya yang merupakan ibu kepada Nadia akan minta untuk memilikinya sedangkan tujuan saya melukis Nadia untuk koleksi sampel saya sahaja. Pelanggan selalunya ingin melihat contoh sebelum menempah. Lalu Nadia tidak akan saya jual.

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

saya berminat sangat dengan lukisan anda.. saya sedang memcari pelukis untuk melukis gambar family saya untuk ibu sebagai hadiah hari ibu

7:20 PM  
Anonymous Anonymous said...

saya berminat sangat dengan lukisan anda.. saya sedang memcari pelukis untuk melukis gambar family saya untuk ibu sebagai hadiah hari ibu

7:20 PM  
Blogger Pak Abu said...

Saya ialah pemilik blog ini. Terima atas minat anda. Jika anda ingin menempah lukisan dari saya sila hubungi saya di email abusemangmail.com. Melalui email kita boleh bincang perkara ini. Anda juga boleh melihat kerja-kerja seni saya di http://artmyas.com
- Pak Abu

11:00 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home